Home Koronavirus 1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

0
1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

Malaysia merekodkan 1,722 kes baharu Covid-19 pada Selasa. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa termasuk lapan daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak berkenaan meningkatkan kepada 4,848,314 kes.

Data sama juga turut mencatatkan dua kematian baharu akibat Covid-19 dengan kesemuanya membabitkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 pula merekodkan sebanyak 23,038 dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

Seramai 979 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, data berkenaan turut mencatatkan sebanyak 1,639 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif seluruh negara kini 4,788,889 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here