Home Koronavirus 17,170 individu disahkan positif Covid-19

17,170 individu disahkan positif Covid-19

17,170 individu disahkan positif Covid-19

PUTRAJAYA – Seramai 17,170 individu disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya pada Rabu memaklumkan, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi dengan 7,163 orang positif Covid-19.

Berdasarkan data, majoriti negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes iaitu Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554) dan Terengganu (437).

Sementara itu, beliau berkata Putrajaya mencatatkan 84 kes manakala Labuan dan Perlis masing-masing 11 dan 10 kes.

“Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,078,646,” katanya.

Pecahan kes baharu #COVID19 pic.twitter.com/u3wt7LO9ID

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 29, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here