Home Koronavirus 17,134 kes baharu hari ini

17,134 kes baharu hari ini

17,134 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA- Negara terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 17,134 kes dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 99.5 peratus atau 17,048 kes merupakan kategori satu dan dua.

“Selebihnya, 86 kes (0.5 peratus) terdiri daripada kategori tiga hingga lima,” ciapnya di Twitter.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata, 58 kes merupakan kategori tiga, 24 kategori empat dan empat kes kategori lima.

“Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,956,332,” katanya.

Pada 9 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,134 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 9, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here