Home Koronavirus 170 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkod

170 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkod

170 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkod

170 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, dengan dua daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 170 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,965 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 9,239 kes, dengan 8,934 atau 96.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 301 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak empat pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, seorang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 178 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,997,422 kes.