Home Koronavirus 16 juta dos vaksin Covid-19 bakal diterima dua bulan lagi

16 juta dos vaksin Covid-19 bakal diterima dua bulan lagi

0
16 juta dos vaksin Covid-19 bakal diterima dua bulan lagi

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Malaysia bakal menerima kira-kira 16 juta dos vaksin Covid-19 lagi untuk tempoh dua bulan akan datang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pertambahan bekalan vaksin tersebut kerajaan menyasarkan kadar vaksinasi harian akan mencecah 150,000 pada bulan ini.

“Pada permulaan program ini, kira-kira 5,000 hingga 8,000 suntikan vaksin diberikan setiap hari. Kini kita telah berjaya meningkatkan suntikan vaksin harian sekitar 100,000 sehari.

“Angka ini akan terus meningkat. Usaha ini tidak dapat dijayakan tanpa perancangan rapi kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terlibat.

“Syabas dan terima kasih atas dedikasi dan kerja keras saudara-saudari bagi memastikan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara kita ini berjaya dilaksanakan,” katanya sempena Perutusan Khas Berhubung Perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Sabtu.

Tambah beliau, kerajaan komited dan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar dan teratur.

“Saya akui, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dan saya memberi komitmen bahawa kerajaan akan sentiasa menambahbaik program ini dari semasa ke semasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here