Home Koronavirus 1,597 kes baharu Covid-19, 6 kematian

1,597 kes baharu Covid-19, 6 kematian

0
1,597 kes baharu Covid-19, 6 kematian

Malaysia merekodkan 1,597 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,597 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,969,981.

Menurut portal KKMNOW, enam kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan satu daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,748.

Terdapat 86 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here