Home Koronavirus 150 pelajar SSP, Cyberjaya jadi kontak rapat dipindah ke IAB

150 pelajar SSP, Cyberjaya jadi kontak rapat dipindah ke IAB

0
150 pelajar SSP, Cyberjaya jadi kontak rapat dipindah ke IAB

SEREMBAN – Seramai 150 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kepada pelajar sekolah berkenaan yang positif Covid-19 dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, dekat sini pada malam, Khamis.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan dalam sebuah pusat kuarantin dengan setiap bilik menempatkan dua pelajar.

“Sebentar tadi (Khamis) saya ke IAB di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi meninjau persediaan pusat kuarantin ini menerima kemasukan murid yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19 di SSP.

“Insya-ALLAH murid lain juga akan terus dipantau di sekolah dan sebarang perkembangan lanjut kita akan maklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin.

“Alhamdulillah di sini (IAB) disediakan dengan baik dan selesa bagi memastikan anak-anak yang dikuarantin berada dalam keadaan kondusif,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik ke Facebooknya pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 di Sekolah Seri Puteri terus meningkat

65 pelajar Sekolah Seri Puteri disahkan positif Covid-19

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan pemantauan dibuat dengan lancar dan baik termasuk sokongan dan dukungan ibu bapa.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman pada Khamis berkata, kes positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya kini sebanyak 139 kes melibatkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here