Home Koronavirus 15 kes baharu Covid-19 Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

15 kes baharu Covid-19 Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

0
15 kes baharu Covid-19 Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

KUCHING – Hanya 15 daripada 418 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak pada Jumaat mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, baki 403 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 246,682. Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi ialah Kuching dengan 150 kes, diikuti Miri (78), Sibu (38) dan Serian (36),” menurut JPBN.

Selain itu, sebanyak enam kematian baharu direkodkan di Sarawak akibat Covid-19 dari 7 November hingga 11 November, manakala jumlah kluster aktif 15. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here