Home Koronavirus 1,486 kes baharu Covid-19, empat kematian

1,486 kes baharu Covid-19, empat kematian

0
1,486 kes baharu Covid-19, empat kematian
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 1,486 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Isnin dengan dua daripadanya adalah kes import.

Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut kepada 4,792,942.

Menerusi data di laman sesawang CovidNow, empat kematian akibat Covid-19 dicatatkan pada Isnin dengan satu daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sementara itu, negara turut merekodkan 27,546 kes aktif Covid-19 dengan 26,154 daripadanya atau 94.9 peratus merupakan kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 1,297 kes lagi mendapat rawatan di hospital dengan 79 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 43 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 2,897 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 4,729,147.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here