Home Koronavirus 141 kes baharu Covid-19, tiada kematian

141 kes baharu Covid-19, tiada kematian

0
141 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 141 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,932 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,212 kes, dengan 9,859 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 337 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 267 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,987,828 kes.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here