Home Koronavirus 14 PPV di Terengganu sedia suntikan vaksin secara ‘walk-in’

14 PPV di Terengganu sedia suntikan vaksin secara ‘walk-in’

0
14 PPV di Terengganu sedia suntikan vaksin secara ‘walk-in’

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 14 pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di negeri ini akan dibuka kepada orang ramai secara ‘walk-in’ bermula Ahad.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkata, langkah itu dibuat bagi meningkatkan jumlah penerima vaksin, sekali gus memastikan sasaran imuniti kelompok di negeri ini dapat dicapai menjelang Oktober.

Beliau berkata, waktu operasi vaksinasi’ walk-in’ adalah bermula jam 9 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada slot yang disediakan.

“Rakyat negeri ini boleh mendapatkan suntikan vaksinasi secara ‘walk-in’ di PPV Taman Tamadun Islam (TTI), Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan Dewan Al-Muktafi Billah Shah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi yang tinggal di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Bagi yang tinggal di Setiu dan Besut, boleh mendapatkannya di Dewan Serbaguna Sungai Tarom (Setiu) dan Dewan Gong Kemuntung serta Kota Putra Square (Besut).

“Penduduk di daerah Kemaman pula boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di PPV Dewan Datuk Seri Amar Diraja dan Dewan Sivik Kertih, manakala penduduk di Dungun boleh mendapatkan suntikan di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

“Bagi mereka yang tinggal di daerah Marang pula boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) dan Dewan Sivik Bukit Payung, manakala bagi yang tinggal di Hulu Terengganu pula boleh ke PPV Dewan Majlis Daerah di Kuala Berang dan Ajil,” kata kenyataan tersebut di Facebook rasmi JKNT pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, proses vaksinasi secara ‘walk-in’ itu bagaimanapun terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, pemastautin di Terengganu, belum mendaftar melalui MySejahtera, belum mendapat janji temu atau terlepas janji temu.

Sehingga Khamis, sebanyak 84.8 peratus daripada populasi rakyat di negeri sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here