SHAH ALAM – Sebanyak 14 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,025 orang, daripada 2,884,729 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sembilan kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 57,895 individu atau 87.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,205 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 3,729 kes dirawat di hospital dan 123 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 67 lagi memerlukan mesin ventilator.