Home Koronavirus 134 penduduk Switzerland dijangkiti Covid-19 selepas terima vaksin

134 penduduk Switzerland dijangkiti Covid-19 selepas terima vaksin

0
134 penduduk Switzerland dijangkiti Covid-19 selepas terima vaksin

ZURICH – Lebih 130 orang di Switzerland dijangkiti Covid-19 dengan 12 kematian meskipun telah menerima suntikan kedua-dua dos vaksin, menurut data terbaharu daripada Pejabat Kesihatan Awam Persekutuan (FOPH) pada Isnin.

Dari 1 Januari hingga 14 Mei, 134 individu yang telah divaksin dijangkiti virus itu dengan kebanyakan mereka berusia 80 tahun ke atas. Daripada jumlah yang dijangkiti, 27 dimasukkan ke hospital dan 12 meninggal dunia.

Jumlah jangkitan Covid-19 terendah setelah vaksinasi dicatatkan di kalangan pesakit berusia 20-29 tahun. Dalam kumpulan umur ini, hanya seorang lelaki dan dua wanita yang disahkan positif Covid-19.

“Dengan kebanyakan warga emas telah divaksin setakat ini, jumlah jangkitan selepas vaksinasi dilihat lebih tinggi di kalangan warga tua. Di samping itu, keberkesanan vaksin boleh menurun seiring dengan peningkatan usia. Kami akan memantau perkembangannya dengan teliti,” kata seorang wakil FOPH kepada Sputnik dan menambah kata tidak ada vaksin Covid-19 yang 100 peratus berkesan terhadap virus itu.

Setakat ini, lebih 1.1 juta orang, atau kira-kira 14 peratus penduduk, telah divaksin di Switzerland. Negara ini telah meluluskan tiga vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson, dan kini sedang mempertimbangkan permohonan AstraZeneca. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here