![1,307 kes baharu Covid-19, enam kematian 1,307 kes baharu Covid-19, enam kematian](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2022/09/1916117-FQaKlp-768x515.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/09/20/1916117.jpg)
SHAH ALAM – Sebanyak 1,307 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Isnin menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,820,197.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak enam kes kematian Covid-19 turut dilaporkan.
Dalam pada itu, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 25,038 dengan 23,866 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Sebanyak dua kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,160 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 55 daripadanya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).
Sebanyak 36 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,830 kes direkodkan sembuh.