Home Koronavirus 13 ahli keluarga dijangkiti Covid-19, ibu terkorban

13 ahli keluarga dijangkiti Covid-19, ibu terkorban

13 ahli keluarga dijangkiti Covid-19, ibu terkorban

SHAH ALAM – Kisah meruntun jiwa dikongsi seorang wanita setelah 13 ahli keluarga dijangkiti Covid-19 mampu membuka mata masyarakat dan dikhabarkan ibunya yang turut dijangkiti wabak tersebut telah meninggal dunia pada Selasa.

Lebih dikenali Farah Adilah telah berkongsi kisah duka itu di akaun Facebooknya memaklumkan ibunya, Azizah Mohd Yusof telah bertarung nyawa selama 18 hari, kemudian meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) pada 15 Jun jam 8.30 pagi dan selamat dikebumikan jam 4 petang pada Selasa.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya Azizah Mohd Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 pagi 15 Jun 2021 tadi. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di syurga kelak Amin. Mohon doa daripada semua ya. Al-Fatihah.

“Andai ini yang tertulis buat ku, aku reda ya ALLAH, tenanglah mama daripada segala kesakitan dunia, tunggu kami di syurga mama,” tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, lima ahli keluarganya iaitu bapa, Shamsudin Abdullah, adik bongsu, Farah Nadiyah, dua ibu saudara dan seorang sepupu masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Farah, suami dan tiga anaknya telah sembuh daripada jangkitan tersebut.

Katanya, sukar untuk meluahkan perasaannya dalam menanggung ujian yang diberikan ALLAH SWT buat diri dan keluarga namun dalam kepayahan itu, dia bersyukur ramai telah menghulurkan bantuan.

“Allahuakbar… ALLAH yang maha besar. Perasaan saya ALLAH sahaja yang tahu. Namun di sebalik ujian yang berat ini, tak ramai tapi masih ada kawan-kawan saudara yang sudi menghulur bantuan dengan membelikan ubat vitamin, barang dapur dan macam lagi, ada juga yang hulurkan duit.

“Terima kasih buat yang sudi menghulur bantuan di saat ramai yang nak menjauh. Terima kasih jugak buat kawan mama yang melakukan solat hajat dan membacakan Yasin untuk mama saya. Terima kasih buat semua kiriman doa yang tak putus daripada rakan-rakan dan saudara-mara,” ujarnya.

Menurutnya, turut berdoa agar ahli keluarganya yang masih ditempatkan di Hospital Sungai Buloh serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, segera pulih.

“Semoga ahli keluarga saya yang lain juga turut sembuh dan moga ujian ni dapat menjadikan kita hamba-Nya yang bersyukur.

“Moga ALLAH membalas segala kebaikan yang dihulurkan dengan kebaikan berganda ganda buat kalian yang membantu kami,” katanya.

Sementara itu, abang Farah, iaitu Muhd Akmal memaklumkan, dirinya diberi peluang untuk menguruskan jenazah ibunya sehingga selesai dikebumikan.

“Saya diberi peluang merasai pengalaman barisan hadapan pakai PPE penuh sambil mengurus jenazah dari van jenazah hingga ke liang lahad. Sangat hargai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.

“Juga terima kasih atas sokongan moral, ucapan, doa, atau apa sahaja yang dihulurkan sepanjang perjalanan kami diuji ini. Perjuangan masih tidak selesai kerana masih ada lima orang lagi ahli keluarga yang berada di ICU,” kongsinya di Facebook peribadinya.

Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Ibu saya Azizah Mohd Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada…

Posted by Farah Adilah on Monday, June 14, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here