Home Koronavirus 1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

0
1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 2,929,736 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).

Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin yang dikongsi Dr Adham, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan pada Jumaat dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 11 Jun 2021 ialah 4,227,554 dos. (124,618 pada 11 Jun)

Jumlah yang terima dos pertama ialah 2,929,736 orang. Daripada jumlah itu, 1,297,818 orang juga telah terima dos kedua.

Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/769F1Dk1Kw

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 12, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here