Home Koronavirus 1,291 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

1,291 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

0
1,291 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19
Tiada kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan pada Selasa. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 1,291 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan kumulatifnya adalah 4,857,508

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tiga kematian kes Covid-19 direkodkan.

Bagaimanapun, tiada kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 21,863 dengan 20,897 atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 920 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 46 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 1,592 dicatatkan sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here