PUTRAJAYA – Sebanyak 1,285 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kembali melaporkan kes tertinggi dengan 374 kes.
Sarawak merekodkan 211 kes diikuti Pulau Pinang (162), Kuala Lumpur (120), Sabah (106) dan Johor (101).
“Kelantan (87), Kedah (31), Perak (24), Putrajaya (19), Pahang (12), Melaka (11), Terengganu (11), Labuan (tiga) dan Perlis (satu),” katanya menerusi laman Twitter rasminya pada Khamis.
AKAN MENYUSUL