Home Koronavirus 1,219 kes positif Covid-19 hari ini

1,219 kes positif Covid-19 hari ini

0
1,219 kes positif Covid-19 hari ini

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 1,219 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula adalah 1,346 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara adalah 310,958.

“Daripada kes baharu hari ini, ia melibatkan 1,212 kes tempatan manakala tujuh lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 499 kes, diikuti Sarawak (225 kes) dan Johor (169 kes).

Sementara itu, sebanyak 154 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here