Home Koronavirus 12 kluster komuniti dikesan sehingga Aidilfitri ke-13

12 kluster komuniti dikesan sehingga Aidilfitri ke-13

12 kluster komuniti dikesan sehingga Aidilfitri ke-13

SHAH ALAM – Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kluster hari raya dikesan sehingga hari raya ke-13 atau pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti itu melibatkan tujuh negeri dan menjangkiti 470 kes Covid-19.

“Seramai 2,541 kes telah disaring dan satu kes disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor,” katanya menerusi Facebooknya pada Rabu.

Menurutnya, daripada kluster berkenaan juga, dua kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan Kluster Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Jumlah ini dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here