Home Koronavirus 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat

12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat

0
12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat

SHAH ALAM – Sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam pada Jumaat dengan satu daripadanya melibatkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian hingga 12 tengah malam tadi adalah sebanyak 31,952 orang.

Kes kematian berkenaan direkodkan di enam negeri dengan tertinggi masing-masing tiga kes di di Johor dan Perak.

Ia diikuti Sabah yang mencatatkan dua kes termasuk satu kes BID, Pahang (dua kes), Melaka (satu kes) dan Lembah Klang (satu kes) sementara Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan Putrajaya merekodkan sifar kes.

Terdapat sebanyak 50,030 kes aktif dilaporkan membabitkan kuarantin di rumah 43,145 kes, Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 atau PKRC (4,064 kes), hospital (2,694 kes), Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan (57 kes) dan ICU dengan bantuan pernafasan (70 kes).

Ia menjadikan seramai 127 pesakit Covid-19 berada di ICU dengan kadar penggunaan keseluruhan ICU termasuk penggunaan untuk kes bukan Covid-19 sebanyak 55.1 peratus.

Jumlah pesakit yang diwadkan akibat Covid-19 secara harian pula sebanyak 955 kes dengan kadar penggunaan katil yang dikhususkan untuk pesakit wabak itu sebanyak 27.5 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here