Home Koronavirus 11,985 kes baharu Covid-19 hari ini

11,985 kes baharu Covid-19 hari ini

11,985 kes baharu Covid-19 hari ini

PUTRAJAYA – Terdapat 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 951,884.

Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes positif iaitu 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur 1,174 kes.

Kedah terus merekodkan peningkatan berbanding Selasa iaitu pertambahan 800 kes baharu.

“Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan satu kes di Perlis,” katanya.

Sehingga 21 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,985 kes (951,884 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 5,550 (337,897)

WPKL – 1,174 (101,926)

Johor – 644 (80,991)

Sabah – 474 (76,927)

Sarawak – 261 (72,213)

Negeri Sembilan – 745 (64,084) pic.twitter.com/8G6NI6pcPE

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 21, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here