Home Koronavirus 11 kematian baharu Covid-19 direkod, 5 BID

11 kematian baharu Covid-19 direkod, 5 BID

0
11 kematian baharu Covid-19 direkod, 5 BID

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,125 orang daripada 3.01 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lima daripada 11 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian yang dilaporkan turut melibatkan sejumlah kes tertunggak berikutan proses pengesahan pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Sementara itu turut dilaporkan terdapat 155,673 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 143,076 individu atau 91.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,118 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 6,292 kes dirawat di hospital dan 187 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 109 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here