PUTRAJAYA – Bilangan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia meningkat sedikit hari ini dengan 10,972 kes dilaporkan berbanding 10,710 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini ialah sebanyak 927,533 kes.
Lima negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor 4,404 kes, diikuti Negeri Sembilan (1,304) dan Johor (876) diikuti Kedah (705) dan Sabah (651).
AKAN MENYUSUL