Home Koronavirus 1,050 ‘frontliner’ Sandakan terima suntikan vaksin Covid-19

1,050 ‘frontliner’ Sandakan terima suntikan vaksin Covid-19

0
1,050 ‘frontliner’ Sandakan terima suntikan vaksin Covid-19

SANDAKAN – Seramai 1,050 petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan di Sandakan, tersenarai untuk menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di Hospital Duchess of Kent di sini bermula pada Jumaat.

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar, jumlah itu melibatkan 90 petugas kesihatan pada Jumaat, manakala 480 lagi petugas kesihatan akan menerima suntikan esok.

“Sementara 480 petugas barisan hadapan bukan kesihatan, dijadualkan menerima suntikan itu pada Ahad (7 Mac) ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.

Dr Johari yang menerima suntikan vaksin itu pada Jumaat berkata, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan menyasarkan lebih 80 peratus penduduk Sandakan dapat divaksinasi dan merayu kepada orang ramai supaya segera mendaftarkan diri untuk imunisasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya berharap masyarakat tidak takut untuk mendapatkan suntikan vaksinasi ini. Tak sakit pun dan prosesnya (suntikan) sekejap sahaja,” tambahnya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here