Home Koronavirus 102 ahli Pas di Selangor terkorban akibat Covid-19

102 ahli Pas di Selangor terkorban akibat Covid-19

0
102 ahli Pas di Selangor terkorban akibat Covid-19

SHAH ALAM – Seramai 102 ahli Pas di Selangor termasuk Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Rizuan Rahmat meninggal dunia akibat Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehubungan itu Tabung Asnaf dan Murabitun Pas Selangor digerakkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Menurutnya, sejumlah RM30,000 berjaya dikumpulkan menerusi tabung tersebut dalam usaha membantu keluarga ahli yang berkorban dan berkhidmat dalam parti berkenaan di negeri itu.

“Kita menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas di 22 kawasan membabitkan ahli yang terlibat dan terkorban dalam pandemik Covid-19 (di Selangor).

“Kita juga menyerahkan sumbangan kepada anak-anak ahli atau asnaf anak yatim yang berjumlah 42 orang,” katanya secara langsung melalui Facebook Pas Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Tabung Asnaf dan Murabitun Pas Selangor akan terus digerakkan secara terbuka untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Tambahnya, sumbangan itu boleh disalurkan ke Maybank melalui akaun 5621 067 28214 atas nama Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here