KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan terhadap 10 taman perumahan di sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang bermula mulai esok hingga 6 Mac, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas pada Sabtu.
Sementara itu, PKPD Bandar Raub Perdana di Raub, Pahang tamat hari ini, lima hari lebih awal daripada tarikh asal.