KUALA LUMPUR – Sepuluh lokaliti, masing-masing di Sabah, Sarawak dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 1 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh lokaliti di Sabah terdiri daripada Sekolah Menengah Agama di Kota Kinabalu, Kampung Bikang, Kampung Kadumu, Taman Khazanah Indah di Lahad Datu serta Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley di Tawau.
Menurutnya, tiga lagi lokaliti membabitkan Kampung Tengah di daerah Betong dan Taman Mesra Bako di Kuching, Sarawak serta Sekolah Menengah Sains Machang di Kelantan.
AKAN MENYUSUL