Home Koronavirus 10 kawasan di empat negeri kena PKPD mulai 4 Julai

10 kawasan di empat negeri kena PKPD mulai 4 Julai

0
10 kawasan di empat negeri kena PKPD mulai 4 Julai

SHAH ALAM – 10 kawasan di Sarawak, Kedah, Sabah dan Pulau Pinang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan dikuatkuasakan pada 4 hingga 17 Julai ini.

Antara kawasan terlibat PKPD adalah Rumah Panjang Malang anak Bada, Sungai Bayan, Mukah di Sarawak dan Taman Nagasari, Mukim Enam, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kawasan lagi iaitu kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di No 1, Jalan Seroja 3/2, Taman Seroja, Sungai Lalang, Kuala Muda di Kedah.

Menurutnya, lima lagi kawasan kesemuanya di Sabah membabitkan dua di Kota Belud, Kampung Naruntung di Pitas, Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau, Kampung Babagon di Penampang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan berkenaan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD berkuatkuasa 4 Julai sehingga 17 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKPD membabitkan kawasan berkenaan adalah untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here