Home Koronavirus 1.9 juta remaja terima satu dos vaksin

1.9 juta remaja terima satu dos vaksin

1.9 juta remaja terima satu dos vaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 1.9 juta remaja di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sehingga Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, mereka yang menerima suntikan itu berumur 12 hingga 17 tahun yang melibatkan peratusan 62.5 peratus.

“Jumlah ini telah melepasi sasaran di mana kita sasarkan 60 peratus dos pertama sekurang-kurangnya pada November.

“Tetapi setelah 14 hari selepas bermula secara rasmi pada 20 September, kita telah mencapai 62.5 peratus. Ini satu pencapaian yang sangat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, mengulas kesan vaksin dan prosesnya kepada remaja, Dr Noor Azmi berkata, seperti ubat-ubatan, vaksin juga berkemungkinan mempunyai kesan sampingan.

Menurutnya, kesan sampingan ini adalah ringan dan bersifat sementara seperti bengkak, sakit kemerahan di tempat suntikan, sakit kepala, sakit sendi, demam, loya dan tidak sihat.

“Sekiranya berlaku yang serius daripada vaksin Covid-19, kerajaan pada 17 Mac telah mengumumkan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tidak ada kesan serius dilaporkan.

Mengulas mengenai pemberian dos ketiga atau dos penggalak (booster), kerajaan merancang untuk memberikannya kepada kumpulan berisiko tinggi.

“Seperti barisan hadapan yang kurang daya tahan badan dan warga emas dengan komorbiditi dianggarkan seramai 17.1 juta individu dalam kumpulan tersebut terlibat dalam pemberian dos ketiga dan dos penggalak nanti,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here