[vc_gallery interval=”3″ images=”5662″ img_size=”full”]

Pembongkaran kegiatan menyeludup daging diragui status halal dan keselamatannya telah mencetuskan kemarahan sebahagian besar rakyat di negara ini yang majoritinya beraga Islam.

Kegiatan tersebut jelas menghina masyarakat Muslim di negara ini yang sentiasa mengutamakan konsep halalan toyiban dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya berkaitan bab makan dan minum.

Disebabkan oleh itu, majoriti rakyat mula ragu dengan makanan yang beredar dalam pasaran, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan produk import dari negara yang tidak meletakkan tuntutan Islam sebagai keutamaan.

Namun, pembongkaran eksklusif Sinar Harian melalui dua wartawannya iaitu Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli telah membuka mata majoriti Muslim di negara ini berkaitan status sebenar makanan mereka, sekali gus memberi peringatan agar menjadi lebih selektif untuk mendapatkannya.

Hasil bantuan agensi penguat kuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam yang membongkar aktiviti berkenaan juga telah menggerakkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber pengeluaran dan edarannya agar mereka tidak terpedaya dengan taktik jahat golongan bergelar kartel itu.

Dalam serbuan sebuah premis di Taman Perindustrian Senai, Johor pada 1 Disember itu, lebih kurang 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta dirampas. Produk berkenaan dipercayai dibawa masuk daripada abatoir dan loji pemprosesan negara luar yang tidak diiktiraf Malaysia.

Kesemua produk yang dibawa dari Argentina, Brazil, China, Perancis, Italy, Belgium, Sepanyol dan United Kingdom itu dibawa masuk melalui dua pelabuhan yang terdapat di Johor iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Pasir Gudang.

Daging sejuk beku itu kemudiannya diletakkan di sebuah gudang bertempat di Senai bagi menjalani kerja-kerja pembungkusan semula sebelum diedarkan ke seluruh negara.

[vc_custom_heading text=”KRONOLOGI PEMBONGKARAN KEGIATAN PENYELUDUPAN DAGING DIRAGUI STATUSNYA” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”]
Selanjutnya....
LATAR BELAKANG GUDANG DAN PRODUK RAMPASAN
Lokasi: Taman Perindustrian Senai
Premis: Gudang
Spesifikasi:
  • Dua bilik simpanan
  • Satu pejabat
  • Satu asrama pekerja
  • Peti simpanan bersuhu -18 darjah celcius
  • Mesin pemotong
Pekerja: Warga Bangladesh dan Indonesia
Produk: Daging sejuk beku
Jenis: Daging lembu, kambing, ayam, kaki itik dan angsa serta organ dalaman haiwan
Jumlah: 1,500 tan
Nilai: RM30 juta
Sumber produk: – Loji penyembelihan tempatan tidak diiktiraf Jakim, DVS
– Argentina, Brazil, China dan Ukraine, Perancis, United Kingdom, Belgium, Itali dan Sepanyol
[vc_custom_heading text=”MODUS OPERANDI” font_container=”tag:h2|text_align:center”]
TAKTIK KARTEL KABURI PENGUAT KUASA
  • Buat pembungkusan semula
  • Guna logo halal pada produk
  • Dua bilik simpanan
  • Guna label dan cap palsu perniagaan
  • Menyamar sebagai pembekal daging sejuk beku
  • Daging dicampur dengan daging halal lain yang sah
KESALAHAN LAIN
  • Gudang pembekal daging sejuk beku itu tiada pemilikan sijil halal yang sah.
  • Gudang turut menyeludup kaki itik dan angsa yang dibawa masuk dari Perancis.
  • Ciplak jenama produk sejuk beku Australia bagi mengaburi mata penguat kuasa, sekali gus memperdaya pembeli.
  • Gudang mempunyai beberapa penama syarikat yang mencurigakan yang mana salah satunya terkait dengan perniagaan buah-buahan dan menggunakan alamat rumah, alamat syarikat lain serta alamat tidak wujud.
SENARAI ABATOIR DAN LOJI PEMPROSESAN NEGARA LUAR YANG DIIKTIRAF MALAYSIA
Afrika Selatan Turki
Denmark UAE
Poland Sepanyol
Belanda Belgium
New Zealand Korea
Iran Jepun
Australia Indonesia
India Amerika Syarikat
Thailand Brazil
China Pakistan
Perancis Bangladesh
Argentina Kanada
Jerman Vietnam

*Sumber Jabatan Perkhidmatan Veterinar

[vc_custom_heading text=”AGENSI TERLIBAT DALAM PENGURUSAN MAKANAN DI MALAYSIA” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”]

maqis

Daging sejuk beku bernilai RM30 juta disita

Taktik jahat kartel menyeludup masuk daging sejuk beku dari China,Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal untuk pasaran Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor semalam.

Gudang kartel proses daging babi

Pembongkaran secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk di tidak halal di Senai, Johor turut menemui satu lagi kejutan menggemparkan.

Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindakan sita dalam serbuan pihak berkuasa kelmarin bukan sahaja membungkus semula daging sejuk beku dari sumber yang tidak sah malah turut menerima kemasukan daging babi di situ.

Lapor eksklusif Wartawan Sinar Harian,Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli

Exco mahu tindakan tegas diambil

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat menyeludup dan memproses daging dari sumber yang tidak sah.

Beliau menyifatkan kes itu serius kerana melibatkan kemudaratan umat Islam bukan sahaja di Johor malah seluruh negara.

Lapor eksklusif Wartawan Sinar Harian,Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli

Kartel ciplak tiga jenama daging Australia

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang dipercayai telah dipalsukan sebelum diedar di pasaran tempatan.

Perkara itu terbongkar susulan penemuan terbaharu kotak terbabit yang masih belum digunakan di longgokan gudang kartel berkenaan di Senai, Johor.

Lapor eksklusif Wartawan Sinar Harian,Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli