Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16, sekali gus menumbangkan Kerajaan Warisan Plus yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal.
GRS yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan mereka berjaya mendapat majoriti mudah daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.