Maszlee keluar parti Pejuang

0
Maszlee keluar parti Pejuang
KUALA LUMPUR,28 Nov -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjawab soalan media selepas hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Beliau berkata potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan RM2,000 sebulan akan bermula pada 1 Januari depan. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.

https://www.sinarharian.com.my/article/108050/berita/politik/maszlee-keluar-parti-pejuang