Malaysia terus mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara-negara dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) terbanyak di seluruh dunia apabila negara kini menghuni tangga ke-30 (5 April) berbanding tangga ke-17 pada 19 Mac lalu.
Berdasarkan data statistik John Hopkins University, beberapa negara lain seperti Chile, Denmark dan India sudah mula mengatasi negara Malaysia yang sehingga kini mencatatkan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 3,662 orang.