Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada rakyat Malaysia melalui laman Twitter beliau hari ini.
Permohonan maaf itu dibuat berikutan beliau mendakwa gagal ‘menghentikan’ tindakan pihak tertentu, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pelantikan Perdana Menteri kelapan.