Lima murid membabitkan empat berusia 12 tahun dan seorang berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Kedah disahkan positif Covid-19 berkaitan Kluster Tawar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati murid berkenaan ialah kontak rapat kepada kes ke-9,197 iaitu seorang murid prasekolah yang kesnya telah dilaporkan pada 16 Ogos lepas.