Kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan penularan tempatan menunjukkan peningkatan dua hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 69 kes baharu, 57 kes membabitkan penularan tempatan berbanding kes import sebanyak 12.