Pengasas syarikat komputer terbesar dunia Microsoft, Bill Gates pada April 2018 pernah meramalkan kemunculan satu super virus yang mampu membunuh 30 juta manusia dalam masa enam bulan.
Gates yang ketika itu bercakap pada Persidangan Pertubuhan Perubatan Massachusetts berkata, seluruh dunia perlu membuat persiapan dan bersedia bagi menghadapi super virus ini jika ia berlaku.