61 dari Simpang Renggam positif Covid-19, PKPD dilaksana

0

Kerajaan memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas kawasan berkenaan mencatatkan 61 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, perintah itu berkuatkuasa sehingga 9 April 2020.

https://www.sinarharian.com.my/article/75779/khas/koronavirus/61-orang-dari-satu-kampung-dijangkiti-covid-19