Sinar15 Archives - Info Sinar
Sinar Harian berbeza, sedia platform bagi semua pihak bersuara
Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Wawancara Khas sempena ulang tahun penubuhan Sinar Harian yang ke-15 tahun pada Sabtu.
SHAH ALAM – Sinar Harian berbeza dengan media lain terutamanya berani dalam menyediakan platform bagi kedua-dua belah pihak parti pembangkang dan kerajaan menyuarakan pandangan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, ramai yang tidak boleh terima apabila Sinar Harian diterbitkan pada awalnya.
Menurut beliau, ia berikutan semua media akhbar kecuali Sinar Harian dimiliki dan dikawal oleh parti politik pada 15 tahun lepas.
“Sesetengah orang merasakan kenapa Sinar Harian macam ini. Bagi orang yang menyokong UMNO merasakan Sinar Harian jahat.
“Bagi orang-orang tidak menyokong mana-mana parti merasakan Sinar Harian memberikan ruang kepada kedua-dua belah pihak, pembangkang dan juga parti pemerintah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas sempena ulang tahun penubuhan Sinar Harian yang ke-15 tahun pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, ia merupakan halangan bagi Sinar Harian pada ketika itu kerana fikiran masyarakat belum terbuka untuk menerima pandangan berbeza tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
“Cabaran terbesar masa itu, fikiran orang ramai belum terbuka kerana berpuluh tahun mereka disogok dengan satu aliran pemikiran, maknanya akhbar yang dimiliki oleh UMNO dan apa sahaja mereka buat, ahlinya anggap sebagai betul.
“Sama juga akhbar yang dimiliki oleh parti lain seperti Harakah dimiliki oleh Pas, Roketkini dimiliki oleh DAP, The Star dimiliki oleh MCA.
“Itu sebenarnya cabaran yang kita hadapi tapi sebab kita dah ada pengalaman terbit Watan dan Eksklusif, kita sebagai penerbit tidak terikat dengan mana-mana pihak,” ujarnya.
The post Sinar Harian berbeza, sedia platform bagi semua pihak bersuara appeared first on Info Sinar.
[VIDEO] Ahmad Maslan teruja diberi peluang baca berita
Ahmad membaca berita untuk Program Sinar PM.
SHAH ALAM – ''Ini adalah pengalaman kali pertama dalam hidup diberi peluang membaca berita melalui platform Sinar Harian,'' kata ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Peluang tersebut diberikan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian apabila Ahmad dijemput sebagai pembaca berita bagi program Sinar PM.
Program berkenaan meliputi berita terkini dalam negara termasuk politik, isu semasa, kesihatan dan sukan.
Ujar beliau, belum ada lagi mana-mana media di negara ini menyediakan peluang menarik seperti itu.
“Saya ucap terima kasih kepada Sinar Harian yang memberi peluang yang sungguh menarik.
“Saya amat menghargai peluang yang diberikan dan tidak ada lagi mana-mana akbar dan media lain yang melakukan seperti Sinar Harian,” katanya yang begitu teruja kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Selain itu, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang menyambut ulang tahun ke-15 pada Sabtu.
“Saya ucapkan tahniah sempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-15 dan saya doakan moga Sinar Harian terus kekal di luar sana sama ada media cetak ataupun digital untuk memberikan berita secara telus dan tulus,” ujarnya.
The post [VIDEO] Ahmad Maslan teruja diberi peluang baca berita appeared first on Info Sinar.
Sinar Karangkraf lancar portal baharu Sinar Premium
Portal Sinar Premium dilancarkan hari ini. Gambar kecil: Rozaid
Sinar Premium
SHAH ALAM – Sinar Karangkraf Sdn Bhd melancarkan satu lagi produk baharu iaitu portal Sinar Premium secara rasmi hari ini.
Dengan tagline Eksklusif dan Kritis, portal baharu tersebut bakal menyampaikan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Pengisian Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman, portal Sinar Premium menampilkan kandungan berbeza berbanding Sinar Harian Online.
Katanya, Sinar Harian Online akan kekal menjadi portal berita utama yang menyampaikan perkembangan terkini dan langsung di Malaysia.
Katanya, pembaca yang ingin melayari portal Sinar Premium hanya perlu membuat pendaftaran secara percuma di https://premium.sinarharian.com.my.
Tambah Rozaid, beliau berharap rakyat Malaysia yang dambakan bahan bacaan ilmiah, kritis dan lebih bermaklumat dapat memberi sokongan kepada produk baharu Sinar Karangkraf.
The post Sinar Karangkraf lancar portal baharu Sinar Premium appeared first on Info Sinar.
Ahmad Maslan teruja diberi peluang baca berita
SHAH ALAM – ”Ini adalah pengalaman kali pertama dalam hidup diberi peluang membaca berita melalui platform Sinar Harian,” kata ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Peluang tersebut diberikan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian apabila Ahmad dijemput sebagai pembaca berita bagi program Sinar PM.
Program berkenaan meliputi berita terkini dalam negara termasuk politik, isu semasa, kesihatan dan sukan.
Ujar beliau, belum ada lagi mana-mana media di negara ini menyediakan peluang menarik seperti itu.
“Saya ucap terima kasih kepada Sinar Harian yang memberi peluang yang sungguh menarik.
“Saya amat menghargai peluang yang diberikan dan tidak ada lagi mana-mana akbar dan media lain yang melakukan seperti Sinar Harian,” katanya yang begitu teruja kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Selain itu, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang menyambut ulang tahun ke-15 pada Sabtu.
“Saya ucapkan tahniah sempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-15 dan saya doakan moga Sinar Harian terus kekal di luar sana sama ada media cetak ataupun digital untuk memberikan berita secara telus dan tulus,” ujarnya.
The post Ahmad Maslan teruja diberi peluang baca berita appeared first on Info Sinar.
Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran
Rasuah Busters satu lagi idea dan inisiatif Hussamuddin.
Hussamuddin bersama tetamu kenamaan pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada tahun 2019.
Hussamuddin
[WAWANCARA] Tempoh 15 tahun bukan sahaja mematangkan Sinar Harian, malah ia juga membantu akhbar tersebut mencipta kredibiliti yang tersendiri dalam industri media cetak.
Slogan 'Telus dan Tulus' yang dijunjung dilihat berjaya meletakkan jenama akhbar tersebut sebagai sebuah wadah yang dipercayai dan dihormati ramai.
Malah, namanya juga dilihat semakin hari semakin membesar walaupun dunia media berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ledakan digital.
Semua itu dicapai kerana akhbar tersebut mempunyai hala tuju yang jelas ketika ia mula-mula diterbitkan pada 2006.
Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang berkongsi kisah suka duka, cabaran dan hala tuju beliau dalam meletakkan Sinar Harian sebagai media yang menjadi suara rakyat Malaysia.
SINAR HARIAN – Mengimbau 15 tahun lalu, bagaimana dan mengapa Datuk tercetus idea untuk menerbitkan akhbar Sinar Harian?
HUSSAMUDDIN – Sebenarnya 15 tahun dulu, masa tu media sosial tidak ada lagi, digital disruption. Media dulu dikawal. Masa tu, semua media di Malaysia kecuali Sinar Harian dimiliki oleh parti politik. Saya adalah orang yang berpegang kepada kebebasan media dan pemikiran politik baharu di mana kita harus berhujah dan bukan politik yang indoctrinate. Sejarah saya dulu, sebelum buat Sinar Harian saya pernah terbitkan akhbar Bacaria, Watan dan Eksklusif.Semuanya merupakan akhbar bebas yang tidak memihak mana-mana. Masa tu kita tengok rakyat sudah mula gelisah dan mereka perlu satu saluran untuk menyuarakan pandangan mereka. Dan kita melihat politik pada masa tu sudah semakin tidak sihat, kronisme dan kita berharap kita boleh lahirkan pemimpin baharu sebab itulah kita putuskan untuk buat satu surat khabar yang betul-betul bawa suara rakyat.
Kita mula di Kelantan dan kita berharap dengan menjadi suara rakyat ini kita dapat melahirkan pemimpin baharu.
– Selaku sebuah syarikat media yang terkenal sebagai penerbit majalah dan buku, apakah cabaran terbesar bagi Datuk pada waktu mula-mula mahu menzahirkan Sinar Harian?
Cabaran terbesar masa itu, fikiran orang ramai belum terbuka kerana berpuluh tahun mereka disogok dengan satu aliran pemikiran maknanya orang akhbar yang dimiliki oleh UMNO dan apa sahaja mereka buat ahli anggap sebagai betul. Sama juga akhbar yang dimiliki oleh parti lain seperti Harakah dimiliki oleh Pas, Roketkini dimiliki oleh DAP, The Star dimiliki oleh MCA.
Mereka menjadi propaganda parti. Bila kita lahirkan Sinar Harian ada orang tak boleh terima. Sesetengah orang merasakan kenapa Sinar Harian macam ini. Bagi orang yang menyokong UMNO merasakan Sinar Harian jahat.
Bagi orang orang tidak menyokong mana-mana parti merasakan Sinar Harian memberikan ruang kepada kedua-dua belah pihak. Pembangkang dan juga parti pemerintah. Saya rasa masa itu, kita mendahului zaman.
Selalunya, mereka dah biasa makan nasi satu pinggan seorang. Tiba-tiba 20-30 peratus daripada nasi tu kena bagi orang lain. Itu sebenarnya cabaran yang kita hadapi tapi sebab kita dah ada pengalaman terbit Watan dan Eksklusif kita sebagai penerbit tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kawalan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agak ketat jadi kami selalu dipanggil tapi selalu terlepas kerana kita pandai menyeimbangkan.
– Berbeza dengan arus perdana lain, Sinar Harian sangat dikenali sebagai akhbar komuniti. Selain itu, Sinar Harian juga popular kerana pelaporannya yang tidak memihak dalam bidang politik. Kenapa Datuk membawa Sinar Harian menjadi sebuah akhbar yang berani dan tidak kisah untuk menongkah arus?
Ia sesuai dengan wawasan Karangkraf kerana bila nak buat bisnes ini kita kena buat bisnes yang barakah jadi bila kita buat sesuatu kita kena buat benda yang betul. Ia merupakan tanggungjawab kami kerana syarikat ini dimiliki oleh kami jadi kami merasa bertanggungjawab memaparkan kebenaran.
Jadi kita tidak perlu takut kepada manusia, sebaliknya takut kepada ALLAH. Cuma adakalanya kita terpaksa ikut garis panduan yang ditetapkan oleh KDN kerana mereka mengawal akhbar. Tapi kita tak perlu menjawab kepada UMNO tetapi kita kena jawab kepada keluarga kita dan ALLAH. Jadi kebergantungan kita kepada manusia itu tidak berapa ketara sangat maknanya kita bebas membuat apa yang betul.
– Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, dunia digital telah banyak ‘memakan’ syarikat dan organisasi media konvensional. Di Malaysia sendiri, bukan sedikit akhbar yang terpaksa ditutup, tetapi berbeza dengan Sinar Harian, ia semakin hari semakin membesar. Bagaimana Datuk melakukannya?
Kita merupakan satu syarikat yang lean dan dimiliki oleh keluarga di mana lapisan-lapisan yang membuat keputusan itu tepat. Kami juga selalu mengambil tenaga baharu. Contohnya macam kita mulakan Sinar Harian, 100 peratus adalah orang baharu kecuali Ketua Pengarang.
Mereka tidak ada pengalaman dalam bidang wartawan tapi kita latih. Sekurang-kurangnya minda mereka ini tidak terbentuk lagi dan kita boleh membentuk. Mereka orang muda dan mereka boleh cepat beralih bila datang digital dan menguasainya. Orang muda ini mereka lebih cepat transform.
Maknanya kita fleksibel dan kita berubah mengikut peredaran masa dan selalu kita melihat ke depan. Kita juga melihat dari segi bisnes dan sudut misi kita. Misi kita ialah nak jadi sebuah syarikat penerbitan yang berjaya di dunia dan boleh masuk syurga.
Jadi kami kena buat benda yang betul. Nak masuk syurga kami kena jalankan bisnes yang barakah dan bisnes kena dinamik berpandukan hukum-hukum syarak tapi kita kena ambil apa yang sedang berlaku di dunia tentang teknologi sebab tu apabila Sinar Harian ditubuhkan kita menggunakan teknologi.
Kita adapt teknologi cepat. Kitalah syarikat media pertama di Malaysia malah kita mendahului sesetengah tempat di dunia kerana pada masa tu WhatsApp tiada lagi, tapi kita sudah gunakan PDA. Kita bekalkan PDA dan kamera digital kepada wartawan untuk melaporkan berita. Operasi kita low cost.
Kita menguasai teknologi, berubah mengikut peredaran zaman dan kos operasi kita kecil. Sebagai contoh, setiap daerah kita tiada pejabat tapi kita bekalkan kereta kancil yang menjadi pejabat bergerak kepada wartawan untuk hantarkan berita kepada ibu pejabat dalam masa sebenar.
Dulu orang guna teknologi berjuta untuk hasilkan berita tapi kita gunakan desktop teknologi sahaja. Ini boleh dilakukan kerana team kita faham dan mereka adalah orang muda yang cepat menguasai teknologi sehinggalah saya sendiri dan Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Teknologi dipanggil ke forum-forum antarabangsa untuk berkongsi pengalaman bagaimana kita menguruskan sebuah akhbar menggunakan teknologi yang begitu murah.
– Selepas 15 tahun, Sinar Harian bukan lagi akhbar kecil yang bermain di belakang akhbar perdana lain. Hari ini Sinar Harian bukan sahaja berdiri sebagai akhbar nombor satu negara, antara lima portal berita paling popular Malaysia bahkan kini sebuah media yang menjadi trendsetter nasional. Bagaimana Datuk melihat jatuh bangun dan transformasi akhbar ini?
Sinar Harian mendahului zaman. Sejak 2006 lagi sehingga 2018, Sinar Harian ada 12 tahun untuk memenuhi kekosongan dalam market yang mana surat khabar lain tak berani, tapi Sinar Harian memberi tempat kepada dua-dua belah pihak berhujah atau beri pandangan. Kita mulakan dulu wacana sinar, debat bermula 10 tahun lepas lagi masa tu orang lain tak berani mementaskan perdebatan kepada dua pihak atau memberi ruang kepada parti pembangkang tapi Sinar Harian berani.
– Dalam 15 tahun ini, banyak program, kempen dan penajaan dilakukan Sinar Harian daripada bola sepak sehinggalah kempen Uninstall Hatred Reboot Malaysia. Mungkin dalam banyak-banyak program tersebut, apakah momen yang paling mengesankan kepada Datuk?
Misi kita daripada awal adalah memandaikan bangsa. Semenjak Karangkraf ditubuhkan 40 tahun lalu kita mahu orang Malaysia ini suka membaca dan jadi lebih pandai dengan membaca. Kita mula dengan buku, majalah dan orang Malaysia makin ramai membaca. Bila kita buat Sinar Harian orang pun baca dan politik lebih terbuka. Maksudnya, Karangkraf sudah menyumbangkan untuk memandaikan orang Malaysia. Bila saya lihat rasuah semakin berleluasa, orang mula bergaduh sesama sendiri dan fitnah makin berleluasa jadi saya rasa keruntuhan moral bangsa kita menjadi semakin teruk. Kita ini majoritinya orang Melayu jadi saya rasa untuk membaiki keadaan kita kena memulihkan dulu cara hidup, fikir dan operasi sistem orang Melayu.
Saya buat kajian, lapan tahun lepas, rupanya ramai orang Islam tidak pandai baca Quran. Yang boleh baca ramai, tapi tak faham. Dan yang faham ramai, tapi tak amal. Jadi 2013, saya mulakan sebuah gerakan dan tubuhkan Yayasan Ummah Ikhlas yang mana buat kempen baca, faham dan amal quran. Melalui Quran Hour dan aktifkan rumah ngaji.
Kalaulah boleh fahamkan orang Melayu dengan agama mereka dengan baca Quran dan faham Quran, jadi pendekatan bacaan quran kena berubah.
– Hari ini genap 15 tahun Sinar Harian menyinari Malaysia, apakah ucapan Datuk terutamanya kepada pembaca Sinar Harian yang setia bersama akhbar ini?
Pertama, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca dan pengikut produk serta platform Sinar Harian kerana percaya kepada kita. Saya terharu sebab orang di kampung tu bila sebut Sinar Harian, mereka teruskan kaitkan dengan inisiatif kita, bila jumpa orang politik peringkat mana sekalipun kita boleh diterima walaupun dua-dua belah pihak.
Kadang-kadang dia tak suka apa yang kita siar kerana menjadi liabiliti dan menolong pihak lain tetapi sebenarnya dia dah terima. Jadi saya amat hargai penerimaan terhadap Sinar Harian dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua team Sinar Harian yang bermati-matian melahirkan akhbar ini dari zero sampai sekarang.
The post Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran appeared first on Info Sinar.
Transformasi suara komuniti ke aliran perdana
Transformasi muka depan dan laporan Sinar Harian selepas 15 tahun.
Team Sinar Harian yang diketuai Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad secara eksklusif sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2018.
Berita bertajuk ‘Kematian Misteri Hantui Gua Musang’ membolehkan Sinar Harian menang Laporan Berita Cemerlang pada Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (dua dari kanan) menerangkan proses percetakan akhbar Sinar Harian kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada 2011.
Kakitangan Sinar Harian pada tahun 2011.
PERNAH dilabel sebagai akhbar nyamuk suatu ketika dahulu, namun ia tidak melemahkan semangat Sinar Harian dan warganya.
Sebaliknya, label tersebut telah memberi kekuatan kepada mereka untuk menghasilkan laporan berita berkualiti. Selepas lebih sedekad melapor dan merakamkan momen suka duka rakyat Malaysia, akhbar yang bermula di Kelantan dan Terengganu itu akhirnya meniti fasa kematangan. Berita yang dilaporkan mula menjadi rujukan ramai, terutamanya dalam hal-hal berkaitan isu rakyat dan negara.
Tidak cukup dengan itu, Sinar Harian juga berjaya membongkar penyelewengan, memperjuangkan hak orang ramai dan membantu rakyat yang berdepan kesulitan hidup. Malah, sebahagian besar laporan berita yang dicetak juga telah menjadi isu besar sehingga dibahaskan di peringkat nasional. Dalam tidak sedar, tempoh 15 tahun secara perlahan-perlahan turut mengubah status Sinar Harian.
Dari sebuah akhbar komuniti, Sinar Harian berubah menjadi akhbar aliran perdana, sekali gus memberikan saingan sengit kepada akhbar lain yang lebih lama berada dalam pasaran tempatan. Hari ini selepas 15 tahun, transformasi Sinar Harian menjadikannya akhbar bahasa Melayu paling laris dan nombor satu di Malaysia.
SKUAD CAKNA
Dahulu, Sinar Harian menggunakan skuad untuk mendapatkan berita di seluruh pelusuk negara. Skuad-skuad yang popular dengan gelaran Skuad Cakna terdiri dalam kalangan wartawannya itu ditempatkan di daerah utama setiap negeri.
Masing-masing disediakan dengan sebuah kereta Perodua Kancil, kamera digital dan PDA untuk memudahkan mereka mencari dan melaporkan berita.
Bagaimanapun, Skuad Cakna telah dimansuhkan dan digantikan dengan wartawan biro yang beroperasi di ibu negeri. Namun, fungsi dan tugas mereka masih sama iaitu mendapatkan dan melaporkan berita dari negeri masing-masing.
8 EDISI, 4 EDISI KINI NASIONAL
Malah, sebelum disatukan sebagai akhbar nasional, Sinar Harian juga terpecah kepada beberapa edisi iaitu Utara; Perak; Kelantan; Terengganu; Pahang; Selangor dan Kuala Lumpur; Melaka dan Negeri Sembilan (MNS) serta Johor.
Edisi tersebut kemudiannya disatukan kepada empat bahagian iaitu Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak); Tengah (Selangor, KL dan Pahang); Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) serta Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan).
Bagi memastikan nama dan fungsinya sebagai media terus relevan, Sinar Harian turut melakukan transformasi digital dengan mengembangkan lagi jenamanya kepada beberapa produk dalam talian seperti Sinar Online, Wacana Sinar, Sinar TV, Sinar Plus dan GPS Bestari.
Produk-produk tersebut telah membawa Sinar Harian kepada satu dimensi baharu dalam melaporkan berita yang mana ia lebih pantas dan dinamik berbanding sebelumnya. Malah, produk-produk tersebut juga telah mengukuhkan lagi nama Sinar Harian dalam dunia penerbitan tempatan.
Sungguhpun begitu, Sinar Harian tetap tidak melupakan edisi cetaknya yang banyak membantu memperkenalkan jenama tersebut. Justeru, pada tahun 2020 Sinar Ahad telah diterbitkan bagi memastikan pengisian hujung minggunya lebih santai, mantap dan dinamik.
Transformasi Sinar Harian juga dilihat dengan jelas melalui penampilan akhbar itu sendiri. Reka letaknya sentiasa berubah mengikut perubahan masa bagi memberi kepuasan kepada pembaca.
Ia boleh dilihat menerusi muka depannya yang mana tajuk utama dan logo akbar tersebut berubah dalam tempoh lima tahun, sekali gus menunjukkan kematangan Sinar Harian dalam menyampaikan berita yang Telus dan Tulus.
ANUGERAH DITERIMA SINAR HARIAN
2021
– Anugerah Silver Play Button Saluran YouTube Sinar Harian
2020
– Majlis Malam Wartawan Malaysia 2020
Anugerah: Laporan Berita Cemerlang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2019
Laporan: Kematian Misteri Hantui Gua Musang
Anugerah: Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas Laporan: Plumbum Ancam Nyawa Penduduk
Anugerah: Desain Halaman Pertama Terbaik
Laporan: Gas Beracun Dari Bawah Tanah, Arahan Padam Kebakaran dan Ancaman Jerebu Hingga Awal Oktober
– Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2019/2020
Anugerah: Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik
Laporan: Etok Makanan Orang Kaya, Adat Semadi Mayat Atas Pokok dan Ancaman Pil Kuda Kacuk
– Majlis Anugerah Penghargaan Khas Media Program STAR/IGROW 2020
Anugerah: Laporan Berita Akhbar Terbaik
Laporan: Kek Lapis Mimi Rosita laris
2019
– Majlis Anugerah Medical Travel Media (MTMA) 2019
Anugerah: Anugerah Medical Travel Editorial Team of the Year 2019
Laporan: Prospek Besar Industri Kesihatan Hospital Malaysia bertaraf dunia
– Majlis Hari Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2019
Anugerah: Anugerah Media Cetak
Laporan: Dapat tampung jenazah 20 tahun
2018
– Majlis Anugerah Pulau Pinang Hijau 2018
Anugerah: Anugerah Istimewa Penulisan Rencana Bahasa Melayu
Laporan: Pulau Pinang Ke Arah Negeri Paling Hijau
– Malam Media Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2018
Anugerah: Anugerah Media MPK (Media Cetak)
Laporan: Rampas Tanah Jika Ingkar
2017
– Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2017
Anugerah: Anugerah Wartawan Cemerlang Bahasa Melayu
Laporan: Pengiktirafan Masyarakat Cina Muslim
2016
– Majlis Anugerah Media Johor 2016
Anugerah: Berita Ekonomi Terbaik
Laporan: Produk Bangsa Johor
2015
– Majlis Malam Anugerah Kewartawanan UNISZA 2015
Anugerah: Anugerah Khas Media Naib Canselor
The post Transformasi suara komuniti ke aliran perdana appeared first on Info Sinar.
Mempersiapkan diri ke alam digital
Sinar15
Chamil Wariya, Esther Ng, Dr Awan Ismail, Ashwad Ismail
[MUKADIMAH] Kemunculan media sosial nampaknya telah membadai media arus perdana dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Banyak syarikat penerbitan yang terpaksa 'gulung tikar' akibat ledakan teknologi yang menjadi sebahagian norma hidup kepada generasi baharu. Rata-ratanya gagal berdepan dengan saingan media sosial yang semakin jelas menguasai dunia dalam pelbagai bidang.
Situasi tersebut telah menimbulkan persoalan adakah media arus perdana, khususnya cetak dan televisyen mampu bertahan dalam era digital yang penuh mencabar ini?
Empat pakar media dan tokoh industri berkongsi pandangan tentang masa depan media arus perdana.
Ketua Pengarang merangkap Ketua Pegawai Kandungan The Star, Esther Ng berkata, media arus perdana perlu kembali kepada cara tradisional untuk kekal relevan.
Menurutnya, perkara tersebut penting kerana suatu hari nanti orang akan melihat kandungan yang disampaikan dan bukan platform yang digunakan.
Tambahnya, media tradisional tidak melaporkan tetapi mengesahkan kerana mereka memainkan peranan sebagai suara pihak berkuasa.
Justeru, katanya, penting untuk media arus perdana fokus kepada apa yang dilakukan untuk terus bertahan pada masa akan datang.
Di samping itu, beliau berkata, media arus perdana juga perlu melakukan apa yang media sosial atau portal lain tidak lakukan dalam menyampaikan maklumat.
Ketua Pengarang merangkap Ketua Pegawai Kandungan The Star, Esther Ng
KETUA Jabatan Teknologi Multimedia, Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Awan Ismail berkata, media tetap akan relevan pada masa akan datang kerana masyarakat masih memerlukan fakta dalam kehidupan mereka.
Beliau berkata, sifat media yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut perkembangan zaman akan menjadikannya terus relevan.
Bagaimanapun, katanya, praktis media cetak perlu berubah seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat kini cenderung menggunakan media yang mudah diperoleh.
Justeru, Dr Awan berkata, terdapat tiga aspek utama perlu diberi perhatian iaitu teknologi, sumber manusia dan institusi pengajian tinggi.
Menurutnya, industri media perlu membuat transisi penggunaan teknologi dengan lebih pantas dan perlu mengetahui sama ada ia memadai atau sebaliknya.
Ketua Jabatan Teknologi Multimedia, Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi UUM, Dr Awan Ismail
Media arus perdana perlu memperkukuhkan jenama mereka di alam maya untuk kekal relevan pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya.
Katanya, perkara tersebut penting kerana jualan akhbar cetak telah menguncup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurutnya, terdapat dua faktor penting kenapa media perlu berada di alam maya untuk terus kekal relevan pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute, Datuk Dr Chamil Wariya
Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata, media akan terus kekal relevan kerana tahap kepercayaan masyarakat terhadap entiti berkenaan semakin meningkat sejak kebelakangan ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, masyarakat mula kembali kepada kewartawanan tradisional kerana mereka faham tentang status pengesahan yang dilakukan oleh media.
Bagaimanapun, Ashwad berkata, relevan atau tidak sesuatu media itu bergantung kepada medium yang digunakan sama ada cetak ataupun digital.
Justeru, untuk kekal bertahan, beliau berkata, media perlu menjalinkan kerjasama strategik sesama mereka.
Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail
The post Mempersiapkan diri ke alam digital appeared first on Info Sinar.
Hanya memihak kepada rakyat
Rozaid mencabut borang penyertaan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku pada majlis final pada Januari lalu.
Rozaid
[WAWANCARA] Menentukan pengisian akhbar adalah tanggungjawab utama Ketua Pengarang bagi memastikan berita yang disampaikan komprehensif dan dinamik selain memenuhi keperluan isu semasa dan cita rasa pembaca.
Ikuti wawancara istimewa bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman sempena 15 tahun akhbar ini.
SINAR HARIAN – Saudara mengetuai Sinar Harian sebagai Ketua Pengarang Kumpulan tujuh bulan yang lalu. Boleh kongsikan sedikit hasil pemerhatian yang singkat ini selama berada di Sinar Harian.
ROZAID – Setiap akhbar atau media membesar dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Begitu juga dengan para pengendalinya.
Saya menghabiskan sebahagian besar masa dan kerjaya saya dengan akhbar arus perdana yang sama sekali berbeza dari segi pemberitaan dan pendekatan dalam mendepani isu-isu semasa berbanding Sinar Harian. Bermula dari era mesin taip masih menjadi 'gajet' utama di pejabat bersama mesin teleks sehinggalah kepada ledakan revolusi telefon, internet dan media sosial.
Selepas 37 tahun, saya ditakdirkan berlabuh di Sinar Harian – sebuah akhbar yang unik yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri, tulus dan telus, berani dan benar-benar mendepani isu yang dekat di hati rakyat.
Akhbar ini bermula sebagai sebuah akhbar regional yang berpusat di Kelantan dan Pantai Timur. Dalam tempoh 15 tahun sahaja ia telah berevolusi sehingga menjadi sebuah akhbar nasional dan nombor satu di Malaysia.
Suara Sinar adalah suara rakyat. Para pemimpin dan Ketua Pengarang yang terdahulu daripada saya – Allahyarham Datuk Jalil Ali, Encik Norden Mohamad dan Allahyarham Datuk Baharom Mahusin – semuanya telah meletakkan asas yang kukuh untuk akhbar ini bertapak dan terus maju ke hadapan.
Masing-masing meninggalkan legasi yang tersendiri dan dikenang oleh rakan dan anak buah. Bulan Julai adalah bulan ketujuh saya memimpin Sinar Harian. Tetapi hari pertama saya memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 adalah hari yang tidak dapat saya lupakan kerana saya dapati saya dikelilingi oleh wartawan-wartawan dan pengarang-pengarang muda yang dinamik, elegan dan berwawasan.
– Sebagai seorang yang telah berkecimpung hampir 40 tahun dalam industri, apakah persepsi awal saudara sebaik sahaja menyertai keluarga Sinar Harian?
Kelebihan Sinar Harian ialah ia tidak dimiliki atau memiliki political master. Ia tidak memihak. Ia hanya memihak kepada rakyat. Sebab itulah suara Sinar ialah suara rakyat, slogan kita ialah 'Sinar untuk Malaysia' dan 'Perkasakan Suara Malaysia'. Para karyawan Sinar Harian perlu bersyukur dan menyedari hakikat ini bahawa mereka tidak dibelenggu oleh bebanan untuk melaksanakan kehendak dan hasrat mana-mana political master. Kita beri liputan kepada semua sebaik dan sebebas yang boleh. Sinar Harian adalah trendsetter kepada pelbagai gerakan massa di negara ini termasuklah gerakan Rasuah Busters, World Quran Hours dan banyak lagi.
Kita sedar tidak semua orang akan bersama-sama kita atau menyokong kita, tapi selagi kita selami isi hati rakyat dan rasai degup jantung dan nadi rakyat – Insya-ALLAH kita akan berada di landasan yang betul.
– Bagaimana pula saudara melihat cabaran dan kekangan yang perlu dan sedang dihadapi oleh industri media pada masa ini khususnya di era pandemik ini?
Cabaran terbesar industri media ialah bagaimana untuk terus hidup dan mengekalkan operasi agar kita dapat berkhidmat kepada masyarakat dan melaporkan apa yang berlaku dengan telus dan tulus.
Media memerlukan sokongan rakyat agar suara mereka dapat diketengahkan dan didengari. Media adalah jambatan di antara rakyat dengan pemerintah.
Hari ini cabaran terbesar kita ialah pandemik Covid-19 kerana kawalan terhadap pergerakan menjejaskan jualan harian akhbar-akhbar.
Sinar Harian sepertimana akhbar-akhbar yang lain perlu mencari alternatif dan jalan untuk terus beroperasi dalam situasi yang terhad ini. Yang lebih memburukkan keadaan ialah kita tidak tahu bilakah situasi ini akan berakhir.
Media jika tidak kreatif dan berubah mengikut masa akan berakhir sepertimana Kodak – luput dari muka bumi ini.
– Bagaimana saudara melihat Sinar Harian dan industri media lima tahun dari sekarang?
Sepertimana yang saya sebutkan tadi, media mestilah berkembang mengikut arus masa jika mahu terus kekal relevan kepada masyarakat kerana pembaca ada banyak pilihan. Cuma yang membezakan kita ialah media tidak melaporkan sesuatu yang tidak sahih walaupun ada waktu-waktunya media juga tertekan dengan kewujudan media sosial yang bergerak lebih pantas dan menyebarkan sesuatu tanpa perlu mengesahkannya terlebih dahulu.
Kita terikat dengan etika-etika tertentu sepertimana yang kita semua pelajari di sekolah kewartawanan. Jadi kecanggihan teknologi moden yang membolehkan sesiapa sahaja ‘menjadi wartawan’ adalah satu cabaran besar kepada pengamal media massa. Kita juga telah menyaksikan bagaimana rakan-rakan media yang lain terpaksa menutup operasi dan hilang dari muka bumi walaupun telah beroperasi lebih 80 tahun.
Jadi untuk terus kekal relevan kita mestilah belajar dari pengalaman yang pernah dilalui oleh orang lain dan menjadi multitasking dan berupaya berkembang menjadi relevan mengikut peredaran masa. Saya yakin dan percaya selagi Sinar Harian kekal bebas dan melakukan perkara yang betul, ia akan terus hidup dan mendapat tempat di hati rakyat tidak kira setahun atau lima tahun dari sekarang atau di masa-masa akan datang untuk terus menyambut ulangtahun kelahirannya setiap tahun. Peneraju dan tenaga karyawannya boleh bersilih ganti tetapi Sinar Harian tetap hidup selagi ada bulan dan bintang. Insya-ALLAH.
The post Hanya memihak kepada rakyat appeared first on Info Sinar.
Sinar Harian bukan sekadar menyampai berita
Farah bersama Ketua Pengarang Kumpulan, Rozaid Abdul Rahman (kiri) dan para juri Peraduan Sinar Harian DiHatiku pada sesi penjurian Januari lalu.
Farah
[WAWANCARA] Sempena ulang tahun ke-15 Sinar Harian, ikuti temubual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Farah Hussamuddin yang bertanggungjawab menentukan masa depan jenama berkenaan.
Beliau mengupas mengenai hala tuju, pengurusan dan cabaran membawa legasi jenama Sinar Harian menerobos era digital yang serba mencabar ini.
SINAR HARIAN – Pada Jun lalu, genap dua tahun Farah kembali bersama Sinar Harian selepas mengetuai Grup Majalah. Adakah Sinar Harian sedang melalui landasan yang dicitakan dalam tempoh dua tahun itu?
FARAH – Memimpin Sinar Harian dan Kumpulan Majalah menuntut cabaran yang berbeza. Walaupun kedua-duanya masih berlegar dalam industri media, namun ia berbeza dari segi pengurusan, cara kerja, isi kandungan, hala tuju dan idea-idea baharu.
Apatah lagi pada zaman ledakan dunia digital, Sinar Harian perlu bergerak ke depan dengan pantas dan menghasilkan idea-idea baharu yang segar.
Malah sebagai sebuah akhbar yang sejak sekian lama menjadi suara rakyat, sudah tentunya obligasi akhbar ini sangat besar terhadap orang ramai dan negara.
Rakyat Malaysia boleh melihat bagaimana Sinar Harian bukan sekadar menjadi akhbar penyampai berita. Dengan gabungan kepimpinan lama dan baharu, Sinar Harian turut menggerakkan tanggungjawab lebih besar iaitu membina pemikiran rakyat.
Sebagai contoh pada tahun lalu, kami berusaha memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang bergelut dengan Covid-19 menerusi kempen, Jangan Putus Asa Malaysia.
Tahun ini, kami mempelopori pula gerakan Rasuah Busters dan kempen Memperkasakan Suara Malaysia. Apa yang pasti, dalam tempoh beberapa tahun ini, kita telah melihat Sinar Harian berevolusi daripada sebuah media regional kepada media arus perdana. Lebih manis, akhbar ini bukan sahaja telah berdiri sama tinggi dengan media perdana lain, malah kini merupakan akhbar nombor 1 di Malaysia.
-Diterbitkan pada 31 Julai 2006, hari ini Sinar Harian genap mencecah usia 15 tahun. Bagaimana Farah melihat transformasi dan perjalanan Sinar Harian dalam tempoh 15 tahun?
Ia bukan sesuatu yang mudah namun kami mampu bertahan dalam tempoh berkenaan. Daripada sebuah penerbit tradisional kami bersaing dalam persekitaran digital yang mencabar.
Kami siapkan diri dengan kakitangan yang mahir dengan digital dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk menyokong strategi syarikat dari segi apa yang ditawarkan oleh Sinar Harian kepada pembaca-pembacanya di luar sana.
– Ada pendapat menyatakan industri media, terutamanya konvensional tidak lagi relevan sekitar dua hingga lima tahun apabila digital mengambil peranan. Bagaimana Farah melihat masa depan Sinar Harian?
Ramai orang telah berkata tentang perkara ini sejak bertahun yang lalu. Kami telah melakukan beberapa inisiatif sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut.
Pada pandangan saya, selagi kita jujur dan konsisten dengan content sendiri, tidak kira sama ada di platform akhbar atau digital, jenama kita akan kekal relevan. Orang ramai harus berupaya menyedari keunikan content dan jenama kita, dan itu yang kita kita cuba lakukan di kedua-dua platform, digital dan akhbar. Pada ketika ini, penerimaan era digital adalah perlu untuk semua media.
Saya sendiri mendapatkan berita daripada sumber digital, jadi saya mahukan perkara sama dilakukan oleh kakitangan syarikat iaitu memanfaatkan trend digital, sekali gus memastikan Sinar Harian mendekatkan diri dengan pembacanya menerusi semua platform digital yang ada.
Bagaimanapun, tidak semua perkara bersesuaian untuk dilakukan. Buat masa ini, Sinar Harian adalah akhbar berbahasa Melayu yang mempunyai edaran paling tinggi. 70 peratus daripada pendapatan kami masih lagi diperoleh daripada jualan edisi cetak, termasuk pengiklanan.
Oleh itu, adalah perlu untuk mengekalkan apa yang sememangnya mudah untuk kita capai dan pada masa sama bersedia untuk masa depan.
– Menjadi CEO wanita pada usia muda kepada sebuah syarikat media terkemuka bukanlah perkara mudah. Bagaimana Farah menggalas tanggungjawab besar ini, terutamanya apabila posisi utama dalam syarikat dimonopoli oleh kaum lelaki?
Menjadi seorang wanita dalam industri yang dimonopoli oleh lelaki bermakna saya membawa persepektif yang berbeza.
Namun, ia bukanlah soal lelaki, wanita atau umur yang menjadi perkara asas. Sebaliknya, ia tentang bagaimana kamu bekerjasama dalam sebuah organisasi untuk menyampaikan nilai kepada masyarakat di Malaysia.
Tanggungjawab kerja, suami dan anak adalah persepektif yang berbeza namun kesemuanya menjadi alasan penting kepada saya untuk bekerja lebih keras.
The post Sinar Harian bukan sekadar menyampai berita appeared first on Info Sinar.
Cerita sebuah kelahiran
Penulis dan Allahyarham Datuk Jalil antara perintis awal Sinar Harian di Pengkalan Chepa.
Sinar Harian terkenal dengan Skuad Cakna di seluruh negara.
Inilah muka depan pertama Sinar Harian 15 tahun lalu.
PADA 2006, saya masih bertugas sebagai editor di akhbar tabloid Bacaria. Saya masih ingat lagi, pada awal bulan Julai tahun tersebut saya mendapat arahan daripada syarikat untuk membantu team Sinar Harian di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Bebannya seolah-olah ada batu yang terhempas di jemala. Mahu tidak mahu, saya terpaksa akur dengan arahan 'paksa rela' syarikat untuk bertugas di Kelantan, sebuah negeri yang begitu asing kepada saya ketika itu untuk menerbitkan sebuah akhbar baru.
Sinar Harian ketika itu lagi dua minggu hendak diterbitkan. Bersama saya beberapa tenaga kerja dari Shah Alam yang dipinjamkan untuk memantapkan lagi Sinar Harian iaitu Imran Mohd Nor, Khairul Amri Yasin dan Ariffin Yasin.
Menyambut kami ketika itu Ketua Pengarang Kumpulan, Allahyarham Datuk Jalil Ali; Pengarang Kanan, Sri Diah Shaharuddin; Pengurus Editorial, Rusmini Fadzil; Editor Rencana, Norman Ahmad Radzuan dan Ketua Wartawan, Ong Boon Teck.
Sudah hampir setahun team itu berkampung di Pengkalan Chepa untuk menyiapkan asas Sinar Harian. Menariknya, semua tiada pengelaman menerbitkan akhbar kecuali Datuk Jalil.
Kami hanya berbekalkan semangat dan keyakinan bahawa akhbar ini akan menjadi pilihan pembaca satu hari nanti.Ketika itu beberapa sub editor diketuai Darina Osman dan grafik diketuai Sarimah Mokhtar sedang bertungkus-lumus melakukan dry-run di news room yang berada di tingkat 2 bangunan kilang Ultimate Print.
Sekumpulan wartawan pelatih yang baru keluar universiti begitu bersemangat.
Walaupun akhbar masih belum ada, mereka tetap sibuk mencari bahan berita. Sampaikan ada yang bertanya, Sinar Harian ini akhbar apa, tak ada kat kedai pun? Saya tidak ingat jumlah sebenar wartawan tetapi ada lebih 20 orang. Ada di Kelantan dan Terengganu. Di setiap daerah ada seorang wartawan yang dikenali sebagai Skuad Cakna. Cakna bermaksud prihatin. Tapi ketika itu istilah ini tidak popular. Hanya setelah Sinar Harian menggunakannya, barulah istilah Cakna menjadi sebutan masyarakat.
Konsep Skuad Cakna memang unik. Setiap skuad diberikan sebuah kereta Perodua Kancil, satu gajet PDA (Personal Device Assistant) untuk komunikasi dan menghantar berita kerana dilengkapi dengan internet serta serta keyboard kecil dan sebuah kamera digital SLR. Kereta Perodua Kancil berwarna merah dengan ikon kepala botak berkilat itu menjadi pejabat bergerak Skuad Cakna tersebut.
Idea Skuad Cakna itu dicetuskan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub. Memang gempar dan diperkatakan di seluruh Malaysia sebab satu-satunya akhbar yang memiliki wartawan di semua daerah. Cuma ketika itu tidak tular di media sosial seperti sekarang sebab zaman itu belum ada Facebook atau WhatsApp lagi.
31 Julai sejarah dilakar Sinar Harian dilahirkan tepat pada 31 Julai dengan tajuk muka depan 'Sebuah Kelahiran' sebagai satu simbolik. Tajuk itu ditulis sendiri oleh Datuk Jalil. Sambutan ketika itu cukup luar biasa. Dengan hanya beberapa keluaran Sinar Harian sudah mampu mendahului akhbar-akhbar lain di Pantai Timur.
Kenapa Sinar Harian diterima di Pantai Timur? Selain harganya yang murah iaitu 50 sen atau Ôsamah jahÕ, orang Kelantan dan Terengganu merasakan Sinar Harian sebagai akhbar mereka kerana penuh dengan berita kampung dan daerah, konsep yang sama sekali berbeza dengan akhbar mainstream yang lain.
Selama dua minggu bertungkus-lumus menyiapkan akhbar, hanya satu perasaan apabila Datuk Husammuddin menekan butang mesin cetak ketika itu – TERUJA.
Bayangkan dalam tempoh dua bulan sebelum itu, kami terpaksa bekerja tujuh hari seminggu dari jam 9 pagi hingga 12 malam. Sampai makan pun depan komputer!Itulah pengorbanan. Ternyata sangat berbaloi terutama apabila melihat Sinar Harian hari ini menjadi sebuah akhbar mainstream yang terkenal dengan tagline, Cakna & Dinamik. Sekarang sinonim dengan Telus & Tulus.
Kini, Sinar Harian sudah mencecah 15 tahun. Sudah masuk usia remaja yang penuh pancaroba. Pelbagai rintangan dan cabaran telah ditempuhi. Namun kesetiaan pembaca membuatkan Sinar Harian terus kuat. Malah ia adalah kejayaan pembaca sekalian yang menjadikan akhbar ini terus bertahan.
Dengan dinamikanya, Sinar Harian terus melebarkan sayap daripada konsep akhbar komuniti kepada sebuah akhbar nasional dan kini akhbar paling tinggi jualan serta paling banyak bacaan di online.
Al-Fatihah buat tiga pengasas Sinar Harian yang lebih awal meninggalkan kami iaitu Datuk Fickry, Datuk Abdul Jalil Ali dan Abd Jalil Yusop (Editor Berita pertama).
Terima kasih juga kepada bekas Ketua Pengarang, Norden Mohamed yang mengendalikan akhbar ini hampir 10 tahun dan Allahyarham Datuk Baharom Mahusin yang melakukan transformasi menjadikan akhbar ini sebuah akhbar perdana.
Kini Sinar Harian semakin gagah di bawah kepimpinan Ketua Pengarang Kumpulan baharu, Rozaid Abdul Rahman. Semoga Sinar Harian terus unggul dalam menghadapi cabaran dunia digital dan menjadi akhbar cetak yang relevan dalam industri media.
** AZMI TARMIZI ialah Pengarang Eksekutif Sinar Harian
The post Cerita sebuah kelahiran appeared first on Info Sinar.