Home belanjawan2021 Solidariti BN, UMNO lulus Belanjawan 2021 bukti rakyat didahulukan

Solidariti BN, UMNO lulus Belanjawan 2021 bukti rakyat didahulukan

0
Solidariti BN, UMNO lulus Belanjawan 2021 bukti rakyat didahulukan

SHAH ALAM – Sikap ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam mempertahankan solidariti dalam kalangan mereka merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan kerajaan meluluskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebersamaan BN dan UMNO dalam membantu menjayakan belanjawan kerajaan terdahulu juga dapat dilihat walaupun semasa mereka menjadi pembangkang sebelum ini.

“Meskipun terdapat cubaan untuk menggagalkan belanjawan ini melalui undi belah bahagi tetapi sikap solidariti dalam kepimpinan BN berjaya membawa kepada kelulusan belanjawan ini.

“Jika kita lihat semasa BN menjadi pembangkang, semua ahli Parlimen BN tetap menyokong belanjawan kerajaan ketika itu kerana apa yang menjadi keutamaan perjuangan BN adalah nasib rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada hari ini.

Katanya, tindakan BN dan UMNO memberikan sokongan sepenuhnya kepada belanjawan kerajaan membuktikan gabungan dan parti tersebut sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti ahli Parlimen sedar dan insaf: Muhyiddin

Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Jelasnya, sokongan terhadap Belanjawan 2021 sangat penting memandangkan negara ketika ini sedang berhadapan dengan cabaran untuk menangani kesan negatif pandemik Covid-19 khususnya kepada golongan yang amat memerlukan.

Artikel Berkaitan:

“Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 yang lulus di peringkat dasar baru-baru ini adalah bukti UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar telus serta jujur dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.

“Kerana itulah, UMNO/BN telah membangkit dan memastikan beberapa perubahan dibuat dalam belanjawan tersebut agar ia lebih mesra rakyat,” katanya.

Ismail turut menegaskan bahawa BN sentiasa komited dalam menyuarakan hal-hal yang berkaitan dengan harapan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, perkara tersebut dibuktikan dengan desakan yang dilakukan oleh BN kepada kerajaan supaya mempermudahkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Perjuangan BN tidak pernah lari dan tidak akan berubah iaitu sentiasa mendahulukan rakyat, selari dengan slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here