Home belanjawan2021 Rakyat Sabah perlu bersyukur, kata Bung Moktar

Rakyat Sabah perlu bersyukur, kata Bung Moktar

0
Rakyat Sabah perlu bersyukur, kata Bung Moktar

[#item_custom_image_url]

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana dalam keadaan ekonomi merudum akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19), kerajaan Pusat masih dapat menyalurkan peruntukan walaupun menurun berbanding tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukan sebanyak RM5.1 bilion itu disifatkan belanjawan inklusif untuk rakyat negeri ini.

“Kita bersyukur dan berharap daripada sejumlah peruntukan itu, Kementerian Kerja Raya akan mendapat agihan yang lebih banyak.

“Ini kerana kementerian memerlukan peruntukan yang lebih tinggi bagi pelaksanaan kerja menambah baik kualiti jalan Persekutuan, jalan di bawah kawalan Jabatan Kerja Raya (JKR), bekalan air, menaik taraf sekolah daif termasuk penyelenggaraan bangunan di bawah kawalan JKR,” katanya yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Kerja Raya Sabah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen kerajaan Pusat yang memperuntukkan sejumlah RM3.8 bilion untuk kesinambungan perlaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

“Ini termasuk Pakej Serusop Ke Pituru yang menjadi ‘missing link’ sepanjang 21 kilometer.

“Menjadi harapan JKR Sabah bukan sahaja 11 pakej projek Lebuhraya Pan Borneo sebelum ini dapat diteruskan perlaksanaannya, namun bakinya sebanyak 24 pakej dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Persekutuan akan dapat meluluskan lagi peruntukan bagi pelaksanaan baki 20 pakej yang masih belum dilaksana.

“Kita berharap kerajaan Persekutuan dapat meluluskan peruntukan segera bagi melaksanakan baki 20 pakej lagi agar pelaksanaannya dapat dimulakan seawal RMK-12 ini,” katanya.

Untuk rekod projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah mempunyai 35 pakej di mana 11 pakej dalam perlaksanaan, satu pakej tender semula di Tawau, manakala tiga pakej dalam pemilihan kontraktor pelaksana serta baki 20 lagi pakej masih belum dimulakan pelaksanaannya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, peruntukan yang diberikan kepada Sabah dalam belanjawan 2021 mencerminkan kesungguhan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here