Home belanjawan2021 Kumpulan Tun M tolak Belanjawan 2021 jika gagal penuhi syarat

Kumpulan Tun M tolak Belanjawan 2021 jika gagal penuhi syarat

0
Kumpulan Tun M tolak Belanjawan 2021 jika gagal penuhi syarat

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun) menegaskan ‘kumpulannya’ akan menolak Belanjawan 2021 melainkan 12 pindaan dibuat.

Beliau berkata, antara pindaan itu termasuklah menggugurkan jawatan timbalan menteri di semua kementerian sehingga pandemik koronavirus (Covid-19) berakhir serta menangguhkan semua kerja menaik taraf bangunan kerajaan yang akan menelan belanja RM736.6 juta.

Menurutnya, secara keseluruhannya beliau melihat belanjawan tersebut tidak menonjolkan sifat empati terhadap rakyat khususnya yang paling teruk terjejas akibat Covid-19.

“Ia dikatakan belanjawan yang dirangka bagi menangani situasi yang sangat luar biasa seperti Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi rakyat dan negara.

“Namun setelah diteliti belanjawan ini tidak mengurangkan perbelanjaan yang biasa dilakukan setiap tahun (seperti sebelum ini) dan yang mengecewakan ia tidak pula menambah peruntukan untuk memerangi Covid-19 atau bantu rakyat yang paling terjejas.

“Justeru, saya nyatakan secara jelas bahawa saya mewakili kawasan Jerlun bersama rakan-rakan yang lain seperti (ahli Parlimen) Langkawi, Kubang Pasu dan Sri Gading nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya tiada pindaan dibuat seperti yang akan disenaraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, 12 syarat yang dikemukakan itu adalah bagi memastikan kerajaan tidak boros berbelanja untuk perkara yang tidak perlu dalam tempoh krisis yang teruk ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here