Home belanjawan2021 Ku Li tidak ambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021

Ku Li tidak ambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021

0
Ku Li tidak ambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021

SHAH ALAM – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu hari ini memaklumkan demikian dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris berhubung perkara berkenaan.

Keputusan Ahli Dewan Rakyat paling lama berkhidmat di Parlimen itu bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021.

Belanjawan 2021 sebelum ini dikatakan akan ditolak selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021.

Antaranya membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (Jasa) dengan peruntukan besar.

Pada 6 November lalu, kerajaan PN membentangkan Belanjawan 2021 membabitkan RM322.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kemudiannya pada 14 November lalu dilapor berkata, gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan tidak akan dapat dibayar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here