Home belanjawan2021 Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa KPM diluluskan

Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa KPM diluluskan

0
Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa KPM diluluskan

KHAS >Belanjawan 2021

No Image Caption

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu berkata, ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

“Lebih suara bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Sesi penggulungan RUU tersebut dibuat Menteri Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Terdahulu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi perbahasan RUU kementerian itu menolak belanjawan berkenaan kerana disifatkan tidak menepati keperluan masa depan pelajar.

Ketika ini sedang berlangsung perbahasan RUU peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan