Home belanjawan2021 Belanjawan 2021: Kerajaan perlu lebih radikal

Belanjawan 2021: Kerajaan perlu lebih radikal

0
Belanjawan 2021: Kerajaan perlu lebih radikal

[#item_custom_image_url]

JOHOR BAHRU – Kerajaan perlu lebih radikal mengelakkan ketirisan dalam melaksanakan program yang diumumkan menerusi Belanjawan 2021.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau amat kagum dengan komitmen kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat apabila belanjawan itu dirangka dengan mengatasi segala kerencaman politik dalam penggubalannya.

“Saya berpandangan bahawa ia adalah ‘belanjawan untuk semua’ yang dirangka dalam keadaan Malaysia tidak berada dalam kedudukan terbaik kerana pandemik global.

“Tidak ada kerajaan yang mampu memberikan segalanya kepada semuanya dengan sebanyaknya dalam situasi luar biasa waktu ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Mohamed Khaled berharap semua ahli Parlimen menyokong belanjawan itu tanpa mengira ideologi dan kepercayaan politik demi masa depan rakyat.

“Peruntukan yang diberikan merangkumi pelbagai aspek kebajikan, ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pergelutan rakyat dalam perjuangan melawan wabak koronavirus ( Covid- 19).

“Rangka belanjawan ini terus mempergiatkan ikhtiar memerangi Covid-19 dengan peruntukan yang holistik demi mengukuhkan kebingkasan masyarakat dan ekonomi Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, Belanjawan 2021 yang membawa tema “Teguh Kita, Menang Bersama” bukan hanya bertumpu kepada kesejahteraan rakyat, malah memperlihat komitmen kerajaan Persekutuan untuk memulihkan Malaysia dari kesan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here