Home belanjawan2021 Belanjawan 2021 bukti kerajaan jaga kebajikan rakyat, kata Annuar

Belanjawan 2021 bukti kerajaan jaga kebajikan rakyat, kata Annuar

0
Belanjawan 2021 bukti kerajaan jaga kebajikan rakyat, kata Annuar

[#item_custom_image_url]

KOTA BHARU – Pengumuman intipati Belanjawan 2021 yang memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM322.5 bilion semalam membuktikan kerajaan menjaga kebajikan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, peruntukan itu juga menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin walaupun negara berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

“Oleh sebab itu, sangat penting bagi ahli Parlimen untuk mengambil sikap positif dalam membahaskan Belanjawan 2021. Jangan bersikap sengaja mencari salah dengan mensasarkan satu dua perkara sehingga tenggelamkan fokus utama yang perlu diketengahkan dalam belanjawan tersebut.

“Saya percaya mungkin sebahagiannya bersifat reaksi spontan selepas mendengar pembentangan belanjawan dan selepas beberapa hari, mungkin semua orang sudah boleh menghadamkannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Annuar hadir pertemuan dengan kepimpinan UMNO negeri di Pejabat Perhubungan UMNO di sini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, pihaknya akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang telah diberikan kepada kementerian terutamanya untuk kesejahteraan bandar dan penduduk di Kuala Lumpur.

Semalam Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan perbelanjaan kerajaan berjumlah RM322.5 bilion pada tahun hadapan adalah terbesar dalam sejarah.

Katanya, kerajaan bercadang untuk memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here