Home belanjawan2021 Belanjawan 2021 bukti kebijaksanaan kerajaan Muhyiddin

Belanjawan 2021 bukti kebijaksanaan kerajaan Muhyiddin

0
Belanjawan 2021 bukti kebijaksanaan kerajaan Muhyiddin

[#item_custom_image_url]

SHAH ALAM – Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ membuktikan komitmen, kemampuan dan kebijaksanaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memenuhi keperluan rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, belanjawan berjumlah RM322.5 bilion itu menyediakan pelbagai inisiatif meringankan beban rakyat dan menawarkan perlindungan sosial lebih baik.

Menurutnya, sebagai tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM305 bilion sebelum ini, Belanjawan 2021 merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap situasi semasa rakyat dalam mendepani cabaran pandemik koronavirus (Covid-19).

“Belanjawan ini juga menggariskan strategi dan kesediaan kerajaan dalam mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi global tahun hadapan.

“Sehubungan itu, Bersatu menyeru semua pihak untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan bagi memastikan belanjawan tersebut diluluskan.

“Dan segala perancangan yang terkandung dalam Belanjawan 2021 dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan kemapanan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bersatu juga menyambut baik inisiatif kerajaan untuk membela golongan rentan dengan menaikkan kadar bantuan kebajikan.

Katanya, Belanjawan 2021 menawarkan pelbagai kemudahan, insentif dan pengecualian cukai perniagaan kepada pelabur, peniaga serta pemain industri bagi tujuan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here