Home belanjawan2021 Ahli Parlimen BN akan bawa isu rakyat: Noh

Ahli Parlimen BN akan bawa isu rakyat: Noh

0
Ahli Parlimen BN akan bawa isu rakyat: Noh

[#item_custom_image_url]

SHAH ALAM – Ahli Parlimen BN akan membawa pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam perbahasan nanti terutamanya dalam situasi melawan pandemik koronavirus (Covid 19).

Setiausaha Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC), Tan Sri Noh Omar menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Facebook rasminya hari ini berkata, pihaknya berbincang dengan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021.

“Pagi tadi sempat berbincang dengan Bossku selaku Pengerusi BNBBC dan saya sebagai Setiausaha BNBBC berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021 yang akan bermula minggu depan.

“Ahli Parlimen BN akan membawa pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam perbahasan nanti terutamanya dalam situasi melawan Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam dengan peruntukan RM322.5 bilion yang disifatkan perbelanjaan terbesar dalam negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here