KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat minum air sebanyak lapan kali ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Beliau mengambil masa lebih dua jam membacakan teks ucapan setebal 102 muka surat dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Tahun ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul membentangkan bajet dengan kali pertama ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seperti mana tahun sebelum ini, Tengku Zafrul tampil segak mengenakan baju Melayu, yang mana tahun ini biru menjadi pilihannya.
Tahun ini juga menyaksikan bajet berjumlah RM372.3 bilion dibentangkan, sekali gus menjadi nilai peruntukan tertinggi pernah direkodkan setakat ini.
Bajet 2022 yang dibentangkan tahun lalu berjumlah RM332.1 bilion.